Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 16, 2017

SI CILIK KINI BINTANG INTERNET SUSULAN KECOH TEMU BUAL BAPA




Jika dua hari lepas, dia menarik perhatian ramai apabila ‘ceroboh’ sesi temu bual bapanya dengan stesen BBC, kini Marion Kelly sekali lagi berjaya mencuit hati netizen menerusi gelagat comelnya.

Si cilik berusia empat tahun itu muncul dalam satu sidang akhbar di Busan, Korea Selatan lewat Rabu bersama-sama bapanya, Profesor Robert E. Kelly, seorang pensyarah sains politik di Pusan International University.

Ia diadakan untuk memperjelaskan kekecohan yang berlaku dalam sesi temu bual ‘live’ pada Ahad itu. Turut serta dalam sidang akhbar tersebut ialah ibunya, Kim Jung-a, dan adik lelakinya, James yang berusia lapan bulan.

Si comel itu bukan sahaja menarik hati ramai dengan tingkah laku aktif, tetapi juga gaya pemakaian apabila hadir ke situ dengan tampil memakai trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu.







Dalam sidang akhbar itu, Kelly, 44, menjelaskan bahawa dia pada mulanya sangat risau dengan kekecohan yang dicetuskan anak-anak dan isterinya malah beranggapan dia mungkin tidak akan muncul di kaca televisyen lagi.

“Memang saya bimbang. Saya terus hubungi pihak BBC untuk segera minta maaf. Ketika itu saya terfikir, ‘habislah, stesen televisyen takkan panggil saya lagi selepas insiden tidak dijangka ini’,” kata warga Amerika Syarikat itu.

Dia yang berpindah ke Korea Selatan sejak 2008 sebelum berkahwin dengan isterinya seorang mantan guru yoga namun terkejut klip rakaman itu tular ke seluruh dunia berbanding inti perbincangan mengenai isu politik Korea.

Kelly malah berasa gembira kerana gelagat lucu keluarganya itu sedikit sebanyak menceriakan ramai netizen malah sudah ditonton lebih 86 juta kali menerusi laman Facebook BBC sendiri setakat Rabu.


0 comments:

share2