Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 1, 2017

[RAUB] SEKOLAH KEBANGSAAN KUNDANG PATAH SERTAI ACARA 'BIRD RACE'



Seramai 9 pelajar Sekolah Kebangsaan Kundang Patah Raub bersama 4 orang gurunya turut menyertai Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa di Bukit Fraser baru-baru ini.

Acara yang dijalankan setiap tahun itu turut menarik minat pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang pertama kalinya menyertai pertandingan tersebut.

Menurut guru yang mengiringi pelajar-pelajar berkenaan, penyertaan mereka kali ini bukanlah bertujuan untuk memenanginya sebaliknya ini adalah sebagai satu pendedahan kepada para pelajar berkenaan mengenai pertandingan itu sendiri.

Secara tidak langsung para pelajar dapat didedahkan dengan satu hobi baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Disamping itu, ini juga akan dapat mendedahkan mereka kepada menyayangi hidupan liar dan cintakan alam sekitar.

Mereka juga didedahkan dengan pengetahuan bahawa adanya burung-burung migrasi yang berhijrah dari sejauh negara Rusia yang singgah di negara kita khususnya di Bukit Fraser ini pada musim-musim tertentu.



0 comments:

share2