Kuala Lumpur – Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini siap sedia untuk melakukan percubaan kali kedua mendaki Gunung Everest.
Bercakap kepada Bernama, Lee berkata pengalamannya tahun lepas memberikannya pemahaman lebih baik mengenai ‘bumbung dunia’ itu, hingga membolehkan beliau membuat persediaan lebih baik kali ini.
“Kali ini, saya boleh kata keyakinan itu ada,” kata beliau.
Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir ke kemuncak Gunung Everest ketika beliau sampai di Kem III di ketinggian 7,200 meter akibat cuaca buruk.
Tahun ini, the Lion Mount Everest Expedition (MEE) 2017, yang dianjurkan oleh Kelab Lions Port Dickson Pantai (LCPDP) akan terdiri daripada tiga peserta termasuk James.
Dua pendaki lagi ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, dan Chong Nyuk Kooi, 49.
Kwan dan Chong akan mengiringi Lee ke ‘Base Camp’ Gunung Everest, kemudian Lee akan meneruskan pendakian ke kemuncak.
Ketiga-tiga mereka akan menunju ke Kathmandu pada 1 April dan akan berlepas di Lukla pada 3 April.
Lee akan membawa dua mesej penting MEE. Pertama, untuk mengilham penduduk dari setiap peringkat umur agar berusaha mendapatkan kesihatan yang baik dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat.
Ekspedisi itu juga menyerus supaya dihentikan perbuatan menggondol bukit, penebangan pokok, penebusan tanah dan pembakaran terbuka demi memelihara bumi untuk generasi masa hadapan.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan memain peranan sebagai rakan media ekspedisi itu.
“Kita kagum dari segi keazaman Lee untuk menawan puncak Everest buat kali kedua.
“Perjalanan yang memakan masa dua bulan dalam kesejukan, kepayahan dan keadaan berbahaya membuatkan Bernama mahu berkongsi berita ini kepada semua rakyat Malaysia,” kata Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.
Presiden LCPDP, Tan Sri Othman Abd Razak berkata kelab itu membelanjakan RM 300,000 untuk ekspedisi itu.
0 comments:
Post a Comment