MUADZAM SHAH: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan
penubuhan Lembaga Tenusu Negara mulai awal tahun depan bagi merancang dan
memacu pembangunan industri tenusu negara.
“Ia adalah projek nasional, dan akan berpusat di Muadzam
Shah yang akan dikenali sebagai Lembah Tenusu Negara meliputi kawasan dari
Segamat, Pekan, Muadzam Shah hingga ke Pancing di Kuantan”
“Projek nasional ini adalah usaha meningkatkan minuman susu segar
masyarakat negara ini yang berada sekitar 20 liter per kapita kepada 50 liter
menjelang tahun 2050.” kata Perdana Menteri.
Projek Lembu Tenusu, kata beliau akan melahirkan industry sampingan
seperti tanaman rumput 'Napiar' kepada penduduk kampung, dan mungkin petani kecil
akan diberikan sehingga 30 ekor lembu sebagai permulaan yang akan memberi
pulangan pendapat antara RM3 ribu hingga RM5 ribu.
Menurut Perdana Menteri lagi, pada masa ini sudah ada
pengedar susu segar tempatan yang boleh memperolehi pendapatan sehingga lebih
RM10 ribu sebulan.
Datuk Seri Najib berkata demikian di sidang media ketika
lawatan kerja di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC)
yang dikendali Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Sempena lawatan itu, beliau merasmikan pembinaan kilang
pemprosesan susu segar yang dapat mengeluarkan 10 juta liter susu setahun
apabila beroperasi akhir tahun ini.
Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob turut
sama dalam lawatan itu.
0 comments:
Post a Comment