Seremban - Gara-gara membeli dua jersi Manchester United dan satu seluar dalam Renoma menggunakan kad kredit curi pada 9 Oktober lalu, seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.
Akibat perbuatan itu, Majistret KB Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada Ooi Keeh Wan, 42, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Keeh Wan didakwa membeli kedua-dua barang itu yang bernilai keseluruhan RM587.90 di kedai kasut Hong Kong, Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini, sekitar jam 10.55 pagi.
Difahamkan, kad kredit jenis Citibank Visa berkenaan merupakan kepunyaan Yeoh Kung Keong, 21.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
0 comments:
Post a Comment