Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 18, 2017

MENTERI BESAR PAHANG DI SIMPOSIUM PINDAAN PERLEMBAGAAN AKTA 355




Kuala Lumpur - YAB Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan 'Symposium: Act 355 Amendment - Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Amendment Bill' pada jam 8.40 pagi semalam (17.3.2017) di Moot Court, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Turut hadir mengiringi beliau adalah YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri serta dan YB. Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sejurus selepas itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak UIA khususnya Fakulti Undang-Undang kerana menganjurkan simposium cadangan pindaan rang undang-undang akta 355 ini.

"Ini adalah langkah baik dan harap dapat meneruskan usaha ini". "Saya sangat berbesar hati kerana dijemput dan ini sangat sesuai kerana Ketua Perlembagaan UIA adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sendiri' - kata beliau.

Menurutnya lagi, tiada sebarang arahan dari saluran parti (untuk mengadakan simposium ini) jika ada arahan ia akan dibuat. 

"Bila sampai masa perkara ini akan dibawa kepengetahuan Pemangku Raja Pahang". - ujar beliau ketika menjawab soalan wartawan mengenainya.

Pemangku Raja adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pahang, formalitinya sesuatu pindaan akta diperingkat negeri sememangnya melalui Dewan Undangan Negeri, bagaimanapun inisiatif awal adalah dari Majlis Agama Islam Negeri.








0 comments:

share2