Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 18, 2017

AJAL PENUNGGANG MAUT TERCAMPAK ATAS KUBUR


Ajal Penunggang Maut Tercampak Atas Kubur


Seorang penunggang menemui ajal di atas kubur selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum terbabas di tanah perkuburan dekat Kolej Risda, Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, dilaporkan tercampak betul-betul di atas sebuah kubur dan meninggal dunia dengan serta-merta.





Difahamkan, mangsa yang merupakan penuntut Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dalam perjalanan ke Lendu sebelum tiba-tiba hilang kawalan di hadapan kolej terbabit dan terbabas ke kiri jalan.

Mangsa kemudian melanggar pagar tanah perkuburan mengakibatkan dia tercampak di tempat kejadian.

Menurut seorang jurucakap polis, mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Beberapa keping gambar kemalangan ini turut menjadi tular menerusi laman sosial.


0 comments:

share2