Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 3, 2017

MARI SERBU JUALAN MERECIKKK...


Mari serbu jualan merecikkk...


Shah Alam - Karnival Karangkraf 2017 menanti kehadiran anda dengan menjanjikan kepuasan menerusi pelbagai kejutan, aktiviti dan jualan istimewa bermula hari ini sehingga Ahad.

Selain buku, lebih 70 kaunter peniagaan menawarkan pelbagai barangan dari tudung sehingga ke bantal yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Bersempena karnival ini, Syarikat Das Abdul Global (DAG) misalnya menjual bantal berkualiti tinggi.

Pengurus Besarnya, Norlaila Yusof berkata, bersempena dengan karnival tersebut, mereka akan menjual beberapa jenis bantal pada harga yang berpatutan.

“Lebih mengujakan, pelakon kanak-kanak yang popular dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff Abdullah atau lebih dikenali dengan watak Buntat akan hadir pada Sabtu ini untuk bersama-sama melancarkan dua produk bantal baru kami.

“Pengunjung juga boleh bergambar bersama Buntat dengan syarat mereka perlu membeli bantal kami.

"Buntat akan berada di sini (Karangkraf) dalam dua sesi, iaitu jam 9 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 4 petang,” katanya.

Sebuah lagi syarikat, Yuhaira Empire tidak ketinggalan menyertai karnival yang dijangka mendapat sambutan meriah daripada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurul Mohd, mengakui sangat gembira dapat menyertai Karnival Karangkraf dan memuji penganjur kerana memberi kemudahan fasiliti terbaik kepada peniaga.

“Kami akan buat cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah pakej umrah.

“Kami turut memberikan 200 naskah al-Quran secara percuma dengan syarat, pengunjung perlu membeli salah satu produk Yuhaira Empire,” katanya.


0 comments:

share2