Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 26, 2017

[MARAN] FELDA KOMITED SELESAIKAN MASALAH PENEROKA



MARAN 25/3.2017 - Perbincangan hal ehwal FELDA di peringkat BN dari awal penubuhan tidak bermusim, perihal jatuh bangun suka duka kejayaan dan kegagalan cukup panjang dan perlu dijelaskan kepada warga FELDA bahawa Kerajaan BN tetap bersama dan tidak masuk akal jika kerajaan sendiri ingin melakukan sesuatu tindakan memusnahkannya.

Menjelang pilihanraya FELDA akan menjadi idaman dan kesayangan pihak pembangkang yang ingin menjadi juara dalam memperkatakan isu isu yang berkaitan FELDA.

Program Ramah Mesra YB Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Warga Felda Wilayah Jengka diFelda Jengka 4 Maran Pahang telah menjelaskan beberapa perkara berbangkit.Program yang turut dihadiri oleh Yb Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul. 


MENJAWAB ISU BERBANGKIT 


1- PENSTRUKTURAN FELDA- 

- diistruktur semula supaya mempunya struktur yang jelas sebagai sebuah syarikat meliputi untung rugi sesuai sebagai sebuah syarikat perniagaan. 

-Felda Technoplant (FTP) sebagai contoh yang menguruskan hampir 440,000 hektar tanah tidak mengambil sebarang keuntungan dalam operasi mengurus sebaliknya dilihat lebih kepada CSR menyebabkan efisiensi FTP merosot. 

- Penstrukturan FTP kepada syarikat akan meningkatkan mutu dan moral pekerja untuk memastikan efisiensi FTP menguruskan ladang secara lebih teratur. 

2- BAYARAN BTS - 

- masalah ini tidak melibatkan kesemua warga FELDA .Daripada 112,000 peneroka sebanyak16,000 peneroka memilih untuk keluar dari pengurusan FELDA dengan menanam sendiri dan menguruskan ladang sendiri terutama di Kelantan seperti di FELDA Kemahang. 

- Bakinya 97,000 peneroka masih bersama FELDA dan majoriti mereka menyerahkan kepada FELDA 100% untuk diuruskan melibatkan pembayaran sebulan sekali dan tiada masalah dengan sistem pembayaran 

- Masalahnya ada kelompok yang pada awalnya memilih untuk bersama FELDA bermula dari penanaman semula dan menerima sara hidup sebaliknya memilih untuk menguruskan sendiri dan tidak bersama FELDA.Mereka ini memerlukan wang untuk belanja menguruskan ladang dan keperluan peribadi. 

- YB Dato Razali Ibrahim akan membawa perkara ini untuk dipertimbangkan oleh YAB PM selaku Menteri FELDA agar mereka ini diberikan pendahuluan namun pembayaran tetap dilakukan dua bulan sekali.Bakinya akan ditolak berdasarkan BTS yang dihantar. 

- FELDA Jengka 4 akan dijadikan 'pilot projek' bagi menangani masalah kelompok yang terjejas tetapi ianya bukanlah dasar FELDA buat masa namun akan melihat keberkesanannya. 

- Pembayaran secara mingguan akan menyebabkan Pengurus FELDA yang sepatutnya melakukan tugas mengurus hal ehwal tanah rancangan terganggu kerana terpaksa dalam masa yang sama menguruskan pembayaran BTS secara mingguan. 

- Pembayaran secara mingguan juga melibatkan soal keselamatan seperti kecurian dan rompakan. 

3 - HUTANG PENEROKA 

- Arahan telah dikeluarkan kepada pengurusan FELDA supaya perincian penyata yang dahulunya 13 penyata kepada hanya 1 penyata diberikan kepada peneroka 

- maklumat diperlukan untuk memuktamadkan jumlah sebenar hutang peneroka dan mereka yang merasakan jumlah adalah terlalu tinggi perlu berjumpa dengan pengurus dirancangan masing masing dengan mengemukakan bukti bagi menunjukkan berapakah hutang sebenar mereka. 

-Penyelesaian kepada masalah ini secara jangkamasa panjang adalah FELDA melalui FTP perlu mendekati golongan peneroka yang memilih untuk menguruskan ladang sendiri kembali menyerahkankan kepada FTP tetapi dengan syarat FTP terlebih dahulu perlu meningkatkan efisiensi mereka. 

- Penyelesaian j/pendek FELDA memberikan peneroka wang pendahuluan bagi mereka menguruskan ladang dan hal peribadi tetapi bayaran tetap dilakukan 2 kali sebulan dan baki ditolak pendahuluan yang telah diambil dan ianya hanya melibatkan kawasan rancangan yang terjejas dan bukan melibatkan keseluruhan rancangan FELDA yang tidak terjejas. 

4.PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA (PGBF) 

- 11,000 buah rumah masih belum dilaksanakan dari 20,000 yang disasarkan manakala bakinya telah dilaksanakan samada yang telah diduduki mahupun yang terbengkalai. 

- Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah diminta untuk bekerjasama dengan FELDA bagi melaksanakan PGBF.Walaupun SPNB hanya membina rumah tetapi FELDA pula akan membina infra berkaitan perumahan. 

- Pemberian tanah tanah lot akan dipertimbangkan berdasarkan kemuafakatan kepimpinan setempat kerana bukan semua tanah rancangan sesuai dilaksanakan. 

5.PENJELASAN ISU YANG DIMAINKAN PEMBANGKANG 

- Pembangkang berniat memecahkan perpaduan dikalangan peneroka FELDA kerana menyedari FELDA adalah kubu kuat BN. 

-TABUNG HAJI,MARA dan LTAT menjadi sasaran kerana disitu terletak kekuatan Melayu dan FELDA tak terlepas dari sasaran tohmahan. 

- YB Rafizi sebagai contoh telah mengemukakan laporan kewangan FELDA 2014 tentang kehilangan RM100 juta walhal yang sebenarnya ianya tidak hilang sebaliknya dicatatkan kegunaan PGBF yang diberikan subsidi yang tidak perlu diletakkan didalam penyata. 

-Pelaburan didalam Rajawali di Indonesia yang dikatakan telah menggunakan wang FELDA adalah tidak benar.Penguasaan 37% saham didakwa membei dengan harga tinggi sebanyak US 505 juta dan 172% lebih tinggi dari harga premium pasaran juga tidak berdasarkan kedangkalan. 

- Pembelian bukanlah berdasarkan premium harga tetapi saiz tanah yang bakal dimiliki berjumlah 320,000 hektar dan daripada jumlah itu145,000 hektar merupakan pokok yang hampir matang. 

-Purata RM16,000 seekar tanah di Indonesia adaah transaksi yang paling murah di Indonesia jika hendak dibandingkan pengeluaran hasil tanah 10 ekar mencecah 32 tan kerana kesuburan tanah berbanding di Malaysia yang purata maksima hanya sekitar 25 tan bagi 10 ekar. 

-Harga sawit pula semakin baik berikutan faktor cuaca El Nino menyebabkan tiada lambakan pengeluaran. 

- Lawatan DS Najib ke China baru baru ini telah mebawa kepada peningkatan jumlah import minyak sawit dari Malaysia yang dahulunya banyak di beli dari Indonesia. 

- Harga sawit yang telah stabil kebelakangan ini berikutan penubuhan Majlis Pengeluar Minyak Sawit Dunia secara tak langsung telah meningkatkan hasil kumpulan FELDA termasuk FGV . 

Sejak tahun 1996 FELDA tidak pernah menerima apa apa peruntukkan dari Kerajaan Persekutuan berbanding aagensi lain seperti RISDA,FELCRA dan KEJORA menunjukkan kebolehupayaan FELDA. 

Walaupn menghadapi tohmahan FELDA tetap memberikan pinjaman kepada peneroka melalui tanaman semula dan wang sara hidup dan ini tidak dirasai oleh mana mana pekebun kecil dibawah agensi yang lain 

Sehingga kini FELDA memberikan hutang kepada peneroka lebih RM 1.4 billion yang melibatkn hutang operasi antaranya kos tanam semula dan kos sara hidup.Ini tidak termasuk hutang pembinaan rumah dan pendidikan.

0 comments:

share2