Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 5, 2017

LEBUHRAYA PAN BORNEO TANGKIS TUDUHAN PEMBANGKANG


Lebuhraya Pan Borneo tangkis tuduhan pembangkang


Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah merupakan satu lagi bukti bagi menangkis tuduhan pembangkang bahawa Malaysia negara yang gagal.

Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, projek itu memperlihatkan bahawa kerajaan BN yang diterajuinya bukan sekadar berpolitik.

"Kalau gagal bagaimana kita boleh bangunkan lebuh raya bernilai RM12 bilion ini, malah bebas tol?

"Inilah kerajaan Barisan Nasional, bukan sekadar berpolitik tetapi benar-benar prihatin dengan keperluan rakyat," kata Najib dalam catatan di laman Facebook.

Najib hari ini melancarkan upacara pecah tanah projek menaik taraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia, Sipitang sepanjang 28.4 kilometer yang dianggarkan bernilai RM600 juta.

Ia melibatkan kerja menaik taraf jalan dua lorong sedia ada kepada lebuh raya empat lorong dua hala merangkumi pembinaan dua persimpangan bertingkat dan tiga jambatan.

Ia sebahagian daripada fasa pertama projek mega Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 706 kilometer bermula dari Sindumin ke Kudat di pantai barat dan dari Ranau ke Sandakan, Lahad Datu dan Tawau di pantai timur.


0 comments:

share2