Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 6, 2017

[KUANTAN] PENDUDUK LEGA JALAN ADA GARISAN KUNING


Penduduk lega jalan ada garisan kuning Jalan Air


Penduduk sekitar Jalan Air Putih 1, di sini kini boleh menarik nafas lega selepas rungutan mereka mengenai tahap keselamatan jalan di situ mendapat perhatian pihak berkaitan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat garisan kuning di situ susulan rungutan pengguna dan penduduk di kawasan tersebut pada Oktober lalu.

Seorang pemilik kilang, Sow Kam Shing, 45, berkata, dia telah membuat aduan mengenai garisan tersebut sebelum ini dan berjaya disiapkan pada Disember lalu.

“Kami rasa lega kerana selama ini penduduk gusar dengan keselamatan terutamanya kanak-kanak apabila terdapat beberapa tadika berhampiran kawasan ini.

“Kedudukan jalan yang curam menyebabkan ada pengguna jalan raya memandu laju apabila menggunakan jalan ini dan kami menghargai keprihatinan pihak terbabit kerana mendengar rungutan ini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika lawatan Adun Semambu, Lee Chean Chung di lokasi tersebut, semalam.

Sementara itu, Chean Chung berkata, beliau menghargai tindakan diambil oleh pihak berkuasa untuk keselamatan pengguna dan penduduk di jalan tersebut.

“Terima kasih kerana dalam beberapa bulan tindakan telah diambil dan ini boleh mengurangkan kerisauan pengguna dan penduduk di kawasan ini.

“Namun dalam masa sama saya berharap pihak terbabit dapat meletakkan bonggol di kawasan ini kerana ia kedudukannya yang curam dan dapat mengurangkan risiko keselamatan,” katanya.


0 comments:

share2