Shah Alam - Hampir 80 peratus pemilik bisnes didapati tidak memanfaatkan teknologi media sosial seperti Facebook.
Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon berkata, ini menyebabkan peluang peniaga untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi menjadi sukar dan hampir mustahil.
"Angka tersebut merupakan dapatan daripada hasil kajian oleh pasukan SifuFBads Sdn Bhd dalam tempoh 2015 hingga 2016.
"Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Effandy dalam masa sama turut menekankan kepentingan ilmu perniagaan bagi mereka yang cuba meluaskan empayar perniagaan masing-masing.
Jelasnya, peniaga yang 'kosong' ilmu di dada juga pasti akan mengalami kerugian besar sekiranya tiada ilmu untuk dimanfaatkan.
"Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian. Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sia dan sampai kepada audiens sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu.
“Ilmu akan membuatkan anda yakin untuk terus berada di dalam lapangan perniagaan. Keyakinan akan membawa anda pergi lebih jauh untuk mencapai matlamat dan menguatkan lagi tindakan mengejar kejayaan," ujarnya.
Menurut Mohd Effandy lagi, pihaknya kini turut mempromosikan Siri Jelajah SifuFBads 2017 yang akan berlangsung di beberapa lokasi pada masa tertentu.
Difahamkan, siri jelajah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan supaya menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan lebih bijak dan berilmu.
“Siri Jelajah FBads 2017 antara usaha kami untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada seramai mungkin mereka yang berada di luar Kuala Lumpur seperti mana di Johor Bahru pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu.
“Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sambutan itu, nampaknya kami terpaksa mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas,” katanya.
Siri jelajah akan diteruskan di Pulau Pinang pada 22 April, Kuala Lumpur (29 April), Shah Alam (6 Mei) serta Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh yang masih belum mempunyai tarikh tetap.
“Alhamdulillah, setakat ini kami di SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti De’Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan banyak lagi.
"Mereka juga seperti kebanyakan usahawan lain yang bermula dari kecil sehingga menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment