Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 2, 2017

EMPAT TERMASUK KANAK-KANAK MAUT DITEMBAK


Tembak


Bangkok - Empat orang termasuk kanak-kanak berumur 8 tahun terbunuh pada Khamis dalam serangan hendap oleh lelaki bersenjata tidak dikenali di wilayah selatan Thailand, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber polis. 

Antara yang maut ialah Somchai Thongchan, 47, penolong ketua kampung daerah Rue Soh di wilayah Narathiwat kira-kira 1,100 kilometer ke selatan ibu negara Thailand manakala tiga lagi mangsa merupakan anggota keluarganya termasuk anak lelakinya berusia lapan tahun. 

Sementara seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami kecederaan dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dilaporkan selamat.

Menurut polis, ketika kejadian Somchai sedang memandu lori pick-up bersama lima lagi anggota keluarganya sebelum lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan dipandu mangsa. 

Serangan terbaru itu berlaku selepas beberapa hari Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand Prawit Wongsuwan berikrar untuk mewujdukan "zon selamat" dan mengembalikan keamanan serta kemakmuran di selurh wilayah yang bergolak di selatan.


0 comments:

share2