Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 2, 2017

[ROMPIN] 151 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN



Sebahagian mangsa yang baru tiba di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam selepas dipindahkan oleh


Susulan hujan lebat tidak berhenti dari pagi semalam hingga malam dan ditambah dengan paras air pasang tinggi, beberapa kawasan di Kampung Setajam dan Pianggu telah dinaiki air.

Menurut laporan daripada Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Rompin, setakat jam 2 petang tadi seramai 151 mangsa daripada 48 keluarga telah dipindahkan melibatkan dua pusat pemindahan.

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam mencatatkan jumlah mangsa seramai 104 mangsa daripada 33 keluarga manakala di Dewan Dato Seri Hasan Kampung Pianggu seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga.

Selain itu, 11 keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Lepas juga dilaporkan terputus hubungan dan telah berpindah ke surau berhampiran serta telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin.

Walaupun cuaca sudah tidak hujan pada hari ini namun paras air di Kampung Kasing dan Kurnia mencatatkan trend meningkat.


0 comments:

share2