Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 4, 2017

BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN


Bekalan Ubat Untuk Pesara Kerajaan Tak Dihentikan


Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan rawatan perubatan bersubsidi tinggi untuk pesara kerajaan dihentikan oleh kerajaan seperti yang ditularkan di media sosial oleh orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebaliknya golongan pesara kerajaan akan terus diberi rawatan perubatan bersubsidi tinggi oleh kerajaan.

“Pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteren berpencen boleh mendapatkan preskripsi ubat dan alat perubatan yang berada dalam stok dan formulari Kementerian Kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan kementerian ini.

“Manakala bagi ubatan dan alat perubatan yang tiada dalam stok/formulari Kementerian Kesihatan ia dilaksanakan mengikut tatacara sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan mengambil maklum berhubung perjanjian perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam Persekutuan dan veteren berpencen melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS).

Jelas beliau, perjanjian perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam Persekutuan dan veteren berpencen yang disediakan oleh syarikat Oratis Rx Sdn. Bhd. itu telah tamat.


0 comments:

share2