Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 3, 2017

BACAAN YASIN ERATKAN HUBUNGAN WI LIPIS


Bacaan Yasin eratkan hubungan WI Lipis


Kira-kira 30 ahli Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Lipis mengadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan jamuan kesyukuran anjuran unit dakwah dan kebajikan pertubuhan itu.

Program bulanan yang diadakan di sebuah kediaman ahli WI Lipis, itu diisi dengan bacaan Yasin, berzikir dan berdoa.

Timbalan Pengerusi WI Lipis, Wan Norizan Wan Badaruzaman berkata, program dakwah dan manifestasi pembangunan modal insan itu untuk mengajak ahli berkumpul dan beramai-ramai membacakan Yasin dan ayat suci al-Quran.

“Kegiatan ini juga antara amalan yang baik untuk ahli WI bermuhasabah diri menerusi penghayatan ayat suci al-Quran, selain berdoa untuk ahli keluarga dan mereka yang sudah lama meninggal dunia,” katanya selepas majlis berkenaan di sini.

Menurutnya, majlis itu juga adalah medium untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli WI dari semua cawangan.

Bagi ahli WI cawangan Kampung Gua, Zura Samat, majlis bacaan Yasin yang diaktifkan WI Lipis lebih signifikan untuk mendidik ahli menghayati bacaan Yasin dan ayat suci al-Quran antara mukjizat ALLAH untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.


0 comments:

share2