Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 3, 2017

[ROMPIN] MANGSA BANJIR KAMPUNG PIANGGU DIBENAR PULANG


Mangsa banjir Kampung Pianggu dibenarkan pulang


Jumlah mangsa banjir di Kampung Setajam dan Pianggu yang dipindahkan setakat jam 12 tengahari tadi mencatatkan penurunan selepas sebuah pusat pemindahan telah ditutup.

Seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga di Dewan Datuk Seri Hasan Arifin Kampung Pianggu telah dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di sana beransur pulih.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Rompin, Mohd Normi Mat Noh, berkata, jumlah mangsa terkini berbaki seramai 162 orang daripada 45 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam.

"Kita jangkakan sekiranya cuaca baik pada hari ini kesemua mangsa akan dibenarkan pulang selewatnya pada petang ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan susulan hujan lebat tidak berhenti dari pagi semalam hingga malam ditambah dengan paras air pasang tinggi Rabu lalu, beberapa kawasan di Kampung Setajam dan Pianggu, di sini, telah dinaiki air.

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam mencatatkan jumlah mangsa paling ramai 150 orang daripada 43 keluarga manakala seramai 50 orang daripada 16 keluarga di Dewan Datuk Seri Hasan Kampung Pianggu.


0 comments:

share2