Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 5, 2017

86 DITAHAN PELBAGAI KESALAHAN DADAH


86 ditahan pelbagai kesalahan dadah


Georgetown - Seramai 86 orang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan dadah dalam satu operasi bersepadu pagi semalam.

Operasi yang dijalankan oleh Pasukan Taktikal Sting Bukit Aman (Sting) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu turut dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang, Superintendan Maidu Abu Bakar berkata, kesemua yang ditahan itu berusia sekitar 20an hingga 40an.

Menurutnya, mereka ditahan disekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya dalam operasi yang bermula jam 7 pagi itu.

"Antara 86 orang itu, tiga daripadanya penagih dadah, 29 memiliki dadah, tiga didapati dibawah Akta Racun dan 46 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.

"Selain itu, kita turut merampas 103.5 gram heroin, 7.51 gram syabu, 3.1 gram ganja dan 2.75 liter air ketum dalam operasi terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Maidu berkata, kesemua yang ditahan akan direman untuk tindakan lanjut.


0 comments:

share2