Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 11, 2017

WASPADA DENGAN BERITA SENGAJA DIADAKAN


Waspada dengan berita sengaja diadakan


Kota Bharu - Rakyat perlu berhati-hati mendengar khabar angin dan menerima maklumat yang sengaja diada-adakan, sedangkan berita itu sebenarnya tidak wujud.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, masyarakat juga harus berhati-hati dalam menyebarkan maklumat bersifat menyalahi undang-undang sehingga boleh disabitkan kesalahan.

"Saya fikir, dalam dunia media baru sekarang ini, masyarakat harus berhati-hati kerana banyak yang saya istilahkan 'disinformation' (salah maklumat).

"Ia bukan maklumat sebenar, tetapi maklumat yang sengaja diada-adakan, sedangkan berita tersebut tidak wujud," katanya kepada pemberita selepas meraikan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status Twitter terbaharu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan khabar angin berkenaan peletakan jawatan seorang menteri kanan.

Pada majlis berkenaan, turut hadir, Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Annuar berkata, ada juga maklumat yang diberikan bersifat fitnah, tetapi masyarakat mudah menerima pakai maklumat itu.

"Saya sendiri sedang mengalaminya sekarang. Proses memberi maklumat tepat itu memakan masa dan fitnah itu sudah pun berjalan.

"Jadi, sebagai langkah, kita perlu berhati-hati supaya tidak melanggar undang-undang, kedua berhati-hati apabila ia berunsur fitnah dan ketiga, berhati-hati dengan maklumat yang tidak ada, 

"Kehadiran hampir 1,000 kaum Tionghua, juga penganut Kristian yang meraikan Krismas baru-baru ini serta masyarakat Siam adalah kerjasama anjuran komuniti dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) setiap kawasan Parlimen Ketereh," katanya.


0 comments:

share2