Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 3, 2017

SELEPAS TEMBAK BEKAS ISTERI, TEMBAK PULA DIRI SENDIRI


gambarpilihan-tembakj.jpg.transformed


Kuala Lumpur – Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum dia menembak pula dirinya hingga mati di Tingkat 16, Menara Centara di Jalan Chow Kit di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang tadi.

Beliau berkata seorang lelaki dilapor datang ke pejabat bekas isterinya yang merupakan kakitangan sebuah firma di bangunan itu.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki tersebut melepaskan kira-kira empat das tembakan terhadap mangsa. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum suspek menembak pula dirinya di kepala,” katanya kepada pemberita di lokasi kejaian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya yang berumur 46 tahun dengan membawa pistol dan sebilah parang kira-kira 2.50 petang.


0 comments:

share2