Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 16, 2017

PEMBUNUHAN KIM CHOL: SUSPEK WANITA DITAHAN




Pembunuhan Kim Chol: Suspek wanita ditahan


Shah Alam - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong-Nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, suspek berjaya ditahan di KLIA2 semasa dia berseorangan.

"Suspek dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29 dan dipercayai berasal dari negara Vietnam.

"Suspek berjaya ditahan kira-kira 8.20 pagi semalam setelah pihak polis mengecam rupanya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam satu kenyataan.

Semasa ditahan, suspek memiliki pasport pas lawatan sosial Vietnam dan polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci terhadapnya.

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian Jong-Nam, 46, yang dipercayai dibunuh oleh seorang wanita yang dipercayai memiliki rupa paras wanita Korea.

Mangsa dipercayai didekati wanita berkenaan sebelum kepalanya diserkup dengan kain yang dipercayai telah dibasahi cecair beracun.

Selepas diserkup, mangsa meminta pertolongan daripada kakitangan KLIA2 sebelum meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


0 comments:

share2