Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 1, 2017

[MARAN] MAJLIS BELIA BERTUNGKUS LUMUS HANTAR BANTUAN


Majlis Belia bertungkus lumus hantar bantuan


Sehingga tengah malam tadi Majlis Belia Daerah Maran terus menghantar bantuan berupa makanan yang disediakan oleh Pusat Perkhidmatan Parlimen Maran.

Pengerusinya, Zafril Nasir yang juga Exco Majlis Belia Negeri Pahang, berkata, lokasi terakhir penghantaran pada jam 9.00 malam tadi ialah di Pusat Perpindahan Sekolah Kebangsaan Kertau dan Balairaya Kampung Sembai, di sini.

Terdahulu katanya, mereka turut membuat penghantaran bantuan ke Pusat Perpindahan Sekolah Pesagi melalui Jeti Lama Chenor.

"Walaupun banyak halangan di kawasan banjir seperti masalah bot, hujan lebat dan arus deras, misi menghantar bantuan ini tetap diteruskan tanpa mengira masa dan penat.

"Majlis Belia komited melaksanakan amanah ini dan memastikan khidmat kami kepada masyarakat yang dalam kesusahan, sampai pada masanya. Terima kasih kepada Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Maran , Umno Maran dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana menyediakan bot untuk kemudahan misi kami," katanya.

Majlis Belia akan meneruskan program Prihatin Pasca Banjir selepas banjir surut dan akan membantu membasuh Bangunan Kerajaan Seperti masjid dan balai raya yang tenggelam banjir.


0 comments:

share2