Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 7, 2017

[KUANTAN] MPK BERSIHKAN KAWASAN TERJEJAS


MPK bersihkan kawasan terjejas


Unit Tindakan Khas Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) giat menjalankan kerja pembersihan kawasan terjejas akibat banjir sejak bermulanya musim tengkujuh, November lalu.

Seramai 37 kakitangan unit itu bertungkus-lumus melakukan pembersihan pada setiap hari seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Ketua Seksyen Perhubungan Awamnya, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, pembersihan membabitkan kediaman, penebangan pokok, banjir lumpur, longkang tersumbat dan beberapa kejadian bencana alam lain yang berada di bawah tanggungjawab MPK.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, kakitangan terbabit sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bertindak berdasarkan pengaduan orang awam berkaitan masalah bencana alam.

“Kita banyak terima aduan berkaitan pokok tumbang dan longkang tersumbat di kawasan kediaman dan segera melaksanakan kerja pembersihan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terutama ketika musim tengkujuh ini.

“MPK turut membantu penduduk yang menjadi mangsa banjir lumpur di Taman Pelindung Jaya membersihkan kediaman ketika musim hujan lebat beberapa minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada MPK berkaitan masalah yang berlaku di kawasan kediaman mereka terutama berkaitan bencana termasuk banjir.

Menurutnya, MPK akan menggerakkan jentera dan kakitangan untuk memantau kawasan yang kerap terjejas akibat banjir termasuk di jalan raya yang berdepan dengan kejadian pokok tumbang.


0 comments:

share2