Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 16, 2017

[JERANTUT] SIDANG AKHBAR MB PAHANG DI FELDA KOTA GELANGGI 2



14 Februari 2017 - YAB Menteri Besar Pahang DSDR Hj Adnan Yaakob mengadakan lawatan kerjanya di daerah Jerantut dan DUN Pulau Tawar.

Di sebelah paginya beliau menyampaikan Suratan Hakmilik kepada peneroka Felda Kota Gelanggi 4 di Dewan Semai Bakti Felda Kota Gelanggi 2. Seramai 121 orang warga peneroka telah mendapat suratan hakmilik mereka pada hari itu.

Dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas majlis penyampaian hakmilik berkenaan beliau menasihatkan supaya para peneroka tidak menjual tanah yang dimiliki mereka selain menjaga keluarga mereka dengan sebaik mungkin. Selain itu mereka juga perlu prihatin kepada keadaan sekeliling dan jangan percayakan kepada sebarang fitnah tentang keburukan kerajaan yang berleluasa.

Menjawab soalan wartawan mengenai bauksit, beliau menyatakan PTG sudah diminta untuk membuat siasatan rapi. Bagaimanapun beliau menyatakan kawasan dimana 3 kanak-kanak malang yang mati lemas berlaku adalah diatas tanah hak milik persendirian dan mengeluarkan bauksit secara haram.

YAB MB Pahang menyatakan simpatinya kepada keluarga mangsa berkenaan dan menasihatkan menemui peguam untuk mengemukakan saman terhadap tuan tanah dan pihak kerajaan.

Menjawab mengenai soalan tentang pembinaan jalan dari Kuantan (Sg Lembing) ke Jerantut beliau menyatakan bahawa ianya tidak termasuk didalam 'rolling plan'.






0 comments:

share2