Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 22, 2017

[CAMERON HIGHLANDS] PENDAKI DITEMUI SELEPAS 45 JAM SESAT


Pendaki ditemui selamat selepas 45 jam sesat


Pendaki sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands, Norfatin Sulaiman, 28, ditemui dalam keadaan selamat selepas lebih 45 jam sesat.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, mangsa ditemui pada sekitar jam 2.10 petang kelmarin.

Menurutnya, mangsa telah ditemui di check point Pisang dan berada dalam keadaan sihat.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mangsa yang berada di kawasan air terjun dan mengambil mangsa untuk dibawa keluar dari kawasan air terjun dan seterusnya berjaya di bawa keluar pada jam 10.40 malam.

“Mangsa dipercayai tersasar kira-kira satu kilometer (km) daripada trek asal,” katanya.

Mangsa yang juga kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas di ibu negara dilaporkan hilang pada jam 5.30 petang Sabtu apabila menuruni trek Gunung Irau.

Turut bersama mangsa adalah 47 pendaki lain yang dibahagikan kepada lima kumpulan pendaki.

Bagaimana pun, mangsa terpisah daripada kumpulan sebelum disedari rakannya.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada 12.15 malam (Ahad) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Perhutanan Daerah.

Sejumlah 90 kakitangan termasuk 29 sukarelawan Persatuan Mencari dan Menyelamat Gunung Malaysia (MOSARS) turut menyertai misi pencarian pada pagi kelmarin.


0 comments:

share2