Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 22, 2017

BEKAS PEGUAM DIPENJARA KERANA CABUL


Bekas peguam dipenjara kerana cabul


Kota Bharu- Padah mencabul kehormatan seorang wanita, seorang bekas peguam dihukum penjara tiga tahun di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu tertuduh, Tay Kiang Heong, 48, selepas tertuduh didapati bersalah di akhir kes perbicaraan.

Tertuduh didakwa mencabul peniaga kedai roti berusia 34 tahun di sebuah kedai roti di Jalan Hamzah, di sini, pada jam 9.30 malam, 15 Julai 2015.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Ridzuan Muhamad.

Mahkamah mengarahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan semalam.


0 comments:

share2