Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 22, 2017

BAU BUSUK RUPANYA BANGKAI ULAR SAWA


Bau busuk rupanya bangkai ular sawa lapan meter


Kulim - Beberapa pekerja pembersihan di kawasan Taman Kulim Hi Tech Fasa 2 yang terhidu bau busuk ketika mencuci longkang terkejut menjumpai bangkai seekor ular sawa batik dipercayai tersangkut pada saluran paip di situ.

Menurut seorang pekerja yang enggan dikenali, pada jam 7.30 pagi beberapa orang pekerja sedang menjalankan rutin harian untuk membersih kawasan perumahan di situ.

Bagaimanapun, katanya mereka tercium bau busuk di kawasan longkang berhampiran dan pergi memeriksa sebelum terkejut melihat seekor sawa telah mati akibat tersangkut di satu saluran paip.

"Bau busuk sangat, kami pergi periksa di situ, terkejut nampak seekor sawa yang memang besar di situ, panjang lebih kurang lapan meter dan berat 60 kilogram.

"Rakan cuba menguis ukar tersebut namun tidak bergerak, dan dipercayai telah mati beberapa hari lalu kerana baunya yang busuk.

"Ular itu mungkin cuba menyusup masuk ke dalam salur paip yang bersaiz lebih kurang 12 sentimeter besar namun tersekat separuh badan kerana badannya besar," katanya.

Katanya, penemuan itu sangat mengejutkan dan pertama kali melihat ular sebesar itu di hadapan mata sendiri.

"Semua cakap ini pertama kali mereka lihat ular sebesar ini dengan mata sendiri selalu tengok dekat televisyen atau pergi ke zoo sahaja.

"Ular tersebut telah diangkat menggunakan jentolak ke dalam lori sampah untuk di bawah ke tempat pelupusan," katanya.

Selain itu, seorang penduduk taman perumahan berkenaan Azam Haris, 31 berkata dia telah menjumpai bangkai ular sawa itu ketika beriadah di kawasan taman permainan di situ.

"Setiap petang saya berjoging di trek jalan kaki di taman permainan, tapi semalam ada bau busuk seperti bangkai.

"Saya yang curiga terus jengok ke dalam longkang kecil sebelah longkang besar di sini dan ternampak bangkai ular sawa di situ, memang terkejut ia sangat besar," katanya.


0 comments:

share2