Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 2, 2017

TIADA ISTILAH 'AJAR' MEDIA

Tiada istilah 'ajar' media di Perak




IPOH - "Kerajaan Perak tidak pernah menyekat mana-mana organisasi media daripada membuat liputan di negeri itu walaupun jika ia membuat laporan yang tidak memihak kepada kerajaan negeri," kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. 

Beliau berkata ini kerana pihak kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar "mengajar pihak media apa yang perlu dilaporkan atau berita yang tidak perlu ditulis atau disiarkan". 

Katanya, pihaknya sentiasa menghargai kerjasama daripada pihak media yang memberi liputan mengenai isu semasa atau perkara yang berkaitan dengan Perak sekali gus dapat membantu kerajaan negeri mentadbir dengan lebih baik.

"Walaupun ada di antara media melaporkan berita yang negatif, kami tidak pernah menghalang wartawan daripada membuat liputan kerana inilah demokrasi yang kami sentiasa amalkan di negeri ini," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Malam Media Perak 2016 anjuran Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) yang dihadiri kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi, di sini, malam tadi. 

Pada majlis itu, Zambry turut menyempurnakan gimik pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 inisiatif PPMP.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abd Wahab dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak. 


Sumber - Bernama

0 comments:

share2