Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 3, 2017

[ROMPIN] TENGKU MAHKOTASARAN SOLAT HAJAT TOLAK BANJIR

Tengku Mahkota saran adakan solat hajat tolak banjir



Masyarakat terutama kanak-kanak dinasihati supaya menjauhi kawasan berisiko seperti longkang atau sungai pada musim tengkujuh bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya semua bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ia ekoran bencana banjir yang kini melanda dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu sejak beberapa hari lalu.

"Sekarang musim tengkujuh, semua pihak perlu bersiap sedia dan boleh adakan solat hajat dengan harapan mudah-mudahan kita tak hadapi banjir kali ini.

"Saya ada berhubung dengan pelbagai pihak dan waktu ini semua perlu bersiap sedia, sama-samalah kita berdoa supaya banjir tak berlaku," katanya kepada pemberita selepas meninjau ladang kelapa di Kampung Kerpal dan kilang kelapa di Kampung Gading, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin, Adun Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan dan Pegawai Daerah Rompin, Mohd Zulkifli Hashim.

Dalam perjalanan dari ladang kelapa Ambang Perintis Adn Bhd ke kilang kelapa, baginda juga sempat meluangkan masa mendengar keluh kesah masyarakat Orang Asli di Kampung Kerpal.

Baginda turut bertitah supaya pihak berkaitan mengambil perhatian terhadap semua permasalahan itu dan menyelesaikannya.




0 comments:

share2