Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 5, 2017

PENGAWAL ISTANA HAMPIR TERTEMBAK RATU ELIZABETH


Pengawal Istana Hampir Tertembak Ratu Elizabeth


Bekas pengawal Istana Buckingham mendedahkan dia pernah hampir tertembak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II ketika sedang berkhidmat beberapa tahun lalu.

Menurut bekas pekerja itu, dia sama sekali tidak menyangka individu yang disangkakannya sebagai penceroboh pada jam tiga pagi itu adalah pemerintah berusia 91 tahun tersebut.

Dengan senapang setia di tangannya, pengawal tersebut sempat bertanya terlebih dahulu, “Siapa tu?” sebelum dibalas Ratu.


                                                              RATU ELIZABETH II

Selepas mengetahui kelibat itu adalah Ratu, pengawal itu terus berkata, “La Ratu ke, saya hampir-hampir nak tertembak sebab ingatkan penceroboh.”

Ratu pula membalas, “Lepas ini kalau saya nak bersenam saya maklumkan dulu supaya anda tak tertembak saya.”


Ratu Elizabeth difahamkan suka berjoging di tengah pagi sekiranya tidak dapat melelapkan mata tanpa ditemani pengawal peribadinya.

Setakat ini, pihak istana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan cerita bekas pengawal tersebut.


0 comments:

share2