Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 31, 2017

PADAH ELAK BAYAR TIKET, LELAKI MAUT DIBAHAN HARIMAU


Padah Elak Bayar Tiket, Lelaki Maut Dibaham Harimau


Satu insiden ngeri melibat seorang lelaki warga China dibaham oleh harimau di sebuah zoo di negara itu menjadi viral di media sosial selepas video tragedi berkenaan dimuat naik ke laman sosial.

Sebuah video yang dirakamkan pada Ahad menunjukkan seekor harimau mengheret mangsa yang berlumuran darah di kandang haiwan tersebut di Zoo Ningbo Younger di wilayah Zhejiang.

Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Zhang dari wilayah Hubei dikatakan telah memanjat pagar zoo berkenaan bersama seorang rakan untuk masuk secara percuma kerana enggan membayar tiket masuk yang berharga 130 yuan (RM83).




Menurut kenyataan pihak yang menguruskan zoo tersebut menerusi akaun Weibo, Zhang tidak membeli tiket masuk.

Tambah kenyataan itu, mangsa membawa isteri dan dua anak ke zoo, tetapi ketiga-tiga mereka masuk seperti biasa dengan membayar tiket.

Televisyen tempatan melaporkan salah seekor harimau telah ditembak mati oleh polis dan tiga lagi harimau berdekatan dihalau menggunakan bunga api.

Zhang kemudian dikejarkan ke hospital bagaimanapun meninggal dunia di hospital tersebut.

Susulan insiden tersebut, pihak zoo mengarahkan siasatan dijalankan mengenai bagaimana mangsa boleh memasuki kadang harimau sedangkan kedudukannya dipisahkan dengan parit dan tembok batu setinggi 3 meter itu.


0 comments:

share2