Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 31, 2017

[MARAN] MENJUJUNG KASIH TUANKU MELAWAT MANGSA BANJIR


Image may contain: 9 people, people sitting and food


Semua warga dan masyarakat kawasan Dun Chenor menjunjung tinggi ke atas kesudian Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli menyantuni rakyat mukim tersebut, semalam.

Adun Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail berkata, lawatan Tuanku terhadap mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor, Sekolah Kebangsaan Pesagi dan Sekolah Kebangsaan Sekara sememangnya menggambarkan jiwa rakyat baginda dalam menyelami hari rakyat yang ditimpa musibah banjir.


Image may contain: 3 people, people standing


"Setiap kali musibah banjir menimpa rakyat di kawasan ini, baginda tuanku berdua tidak pernah gagal untuk melawat mangsa-mangsa banjir di sini malah Tunku Azizah sudi memasak dan menghidangkan juadah makan malam kepada mangsa-mangsa di pusat pemindahan.

"Ia adalah suatu anugerah yang amat dihargai penduduk mukim tersebut, sekali gus mengurangkan perasaan sedih rakyat yang sedang menghadapi ujian banjir," katanya ketika ditemui di SMK Tengku Ampuan Afzan selepas program lawatan ke pusat pemindahan SK Sekara dan SK Pesagi.

Dalam kunjungan tersebut baginda turut menyampaikan sumbangan berupa tunai dan makanan kepada 113 penghuni SK Sekara, 83 penghuni SK Pesagi dan 234 penghuni SMK Tengku Ampuan Afzan.


0 comments:

share2