Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 1, 2017

[MARAN] TINGKATKAN KESEDARAN PENDIDIKAN MASYARAKAT ORANG ASLI



MARAN 31/12/2016 - Ibu Bapa dikalangan masyarakat Orang Asli perlu meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan bagi mengelakkankan mereka terus tercicir dalam mengecapi kemajuan negara.

"Kerajaan serius dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat orang Asli dengan menubuhkah jabatan khusus seperti Jabatak Kemajuan Orang Asli(JAKOA) bagi memastikan sosio ekonomi dan pendidikan dapat ditingkatkan sesuai dengan peredaran masa".

"Anak-anak Orang Asli perlu dihantar kesekolah kerana mereka ini tidak ada bezanyanya dengan masyarakat di luar .Ini dibuktikan dengan kejayaan ramai dikalangan anak-anak Orang Asli yang kini telah melanjutkan pelajaran ke menara gading dan seterusnya menjawat jawatan penting didalam kerajaan dan swasta cuma mereka ini perlukan galakan dari ibubapa untuk terus maju di masa hadapan"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra Berama Masyarakat Orang Asli Kg Bangas dan Kg Sg Jempol Maran Pahang.

Pada majlis itu seramai 74 anak-anak masyarakat Orang Asli dari Kg Bangs dan Kg Sg Jempol yang bersekolah di SK Kuala Sentul telah menerima sumbangan beg sekolah dari YB Dato'Shahaniza Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi JKK Kg Bangas Rn Yatim a/l Halim,Tok Batin Kg Bangas En Rumi ,En Abu a/l Kok Heng Tok Batin Kg Sg Jempol dan Guru Besar Sk Kuala Sentul En Wan Kemat serta penduduk setempat.











0 comments:

share2