Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

[LIPIS] JAMBATAN GANTUNG KAMPUNG AUR GADING PUTUS


Jambatan gantung Kampung Aur Gading putus


Jambatan gantung di Kampung Aur Gading di sini putus kira-kira jam 7.30 pagi tadi berikutan air Sungai Tanum yang melimpah dan membawa arus deras.

Ketua Kampung Aur Gading, Abu Hanipah Sulaiman berkata, jambatan gantung tersebut merupakan satu-satunya laluan penduduk kampung untuk ke masjid dan Sekolah Kebangsaan (SK) Aur Gading.

Menurutnya, jambatan sementara tersebut dibina pada tahun 2015 bagi menggantikan jambatan konkrit yang runtuh akibat banjir besar pada tahun 2014.




"Kira-kira 50 murid SK Aur Gading kini terjejas dan tidak boleh ke sekolah ekoran jambatan terputus dua pagi tadi.

"Walaupun hujan sudah berhenti sebentar tadi tapi paras air Sungai Tanum masih lagi tinggi kerana air dari hulu sungai masih banyak," katanya kepada Sinar Harian.

Abu Hanipah berkata, sehingga jam 10 pagi ini seramai 37 mangsa dari 11 keluarga termasuk dua bayi dipindahkan ke pusat penempatan banjir di Balora Kampung Aur Gading.


0 comments:

share2