Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

PUSAT HIBURAN EKSKLUSIF DISERBU


Pusat hiburan eksklusif diserbu


Ipoh - Sebuah pusat hiburan eksklusif yang menawarkan pelayan khidmat pelanggan (GRO) warga asing kelas atasan diserbu Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisma (Stagg) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi lebih enam jam bermula kira-kira jam 12.15 tengahmalam itu, seramai 38 wanita warganegara China dan Vietnam di tahan dalam Op Noda di Medan Ipoh.

Serbuan yang diketuai Superintendan Fazlisyam Abdul Majid menemui dua bilik rahsia yang dibina khas di bawah tanah yang dijadikan sebagai lokasi menyembunyikan GRO berkenaan.

Menurutnya, lokasi berkenaan dihubungkan dengan lif menyukarkan polis mengesan wanita berkenaan dan khidmat bomba dipanggil bagi memecahkan tempat persembunyian itu.

"Bomba mengambil masa hampir dua jam bagi memecahkan setiap pintu lif dan menemui 22 wanita bersembunyi di bilik pertama dan 16 wanita di bilik kedua.

"Kedua-dua bilik khas berkenaan turut menyediakan kemudahan air, tilam, makanan dan penghawa dingin untuk mereka. Siasatan awal mendapati bilik berkenaan mampu menampung antara 20 hingga 40 orang dalam satu-satu masa," katanya.

Fazlisyam berkata, serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Pekan Baru turut menahan 15 wanita.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut.


0 comments:

share2