Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

[ROMPIN[ MANGSA BANJIR BERTAMBAH


Mangsa banjir di Rompin bertambah


Tiga pusat pemindahan sementara telah dibuka di daerah Rompin melibatkan 143 mangsa daripada 36 keluarga setakat jam 10 pagi ini.

Peningkatan ketara dicatatkan setakat jam 10 pagi tadi di Kampung Rekoh yang mencatatkan pertambahan kepada 95 orang daripada 23 keluarga berbanding 31 mangsa daripada enam keluarga setakat jam 10 malam tadi yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Rekoh.

Tiada perubahan di dua pusat pemindahan sementara masing-masing enam mangsa daripada dua keluarga di Balai Raya Kampung Mikang dan 42 mangsa daripada 11 keluarga di Dewan Orang Ramai Leban Chondong.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Daerah Rompin, Mohd Zulkifli Hashim, berkata, sebanyak empat kampung terlibat iaitu Kampung Mikang, Leban Chondong, Bangkung dan Rekoh.

"Jumlah mangsa yang dicatatkan ini adalah setakat jam 10 pagi ini iaitu mencatatkan pertambahan berbanding malam tadi dan akan dikemaskini daripada semasa ke semasa," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menasihati agar penduduk terlibat mengikut arahan anggota keselamatan sekiranya diarahkan berpindah demi keselamatan mereka.


0 comments:

share2