Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 7, 2017

KEBAKARAN MUNGKIN TIADA KAITAN LINTAR PINTAS


S Subramaniam


Kuala Lumpur - Kebakaran bumbung wad lelaki Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak semalam mungkin tiada kaitan dengan litar pintas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam bagaimanapun berkata, pihak kementerian sedang menunggu laporan siasatan untuk jawapan yang kukuh.

"Mereka masih menyiasat punca kebakaran, jadi ia mungkin tidak berkaitan dengan elektrik (litar pintas). Jadi kami perlu menunggu keputusan (siasatan), kata beliau di Majlis Pelancaran Unit Angiografi dan Mesin Hibrid Angio-CT, di Hospital Selayang di sini semalam.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahaya Madis berkata siasatan dijangka selesai dalam masa tiga hari. 

Kebakaran pada pukul 1 tengah hari itu bermula di bahagian belakang wad yang mana barangan lama disimpan tetapi katil dan kemudahan lain tidak terjejas dan 21 pesakit dibawa keluar dengan selamat. 

Dalam isu lain, Dr Subramaniam berkata idea untuk sistem insurans kesihatan bagi seluruh negara yang akan membolehkan semua rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di mana-mana hospital sama ada kerajaan atau pun swasta, mungkin kedengaran baik pada konsepnya tetapi adalah sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai perkara itu.

"Mereka perlu turun padang untuk meyakinkan orang ramai dan beritahu saya. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan. 

Malah peningkatan sebanyak RM1 atau RM2 akan membangkitkan keributan," katanya. 

Beliau berkata walaupun idea itu adalah bagi mengurangkan jurang antara sektor kesihatan kerajaan dan swasta yang selari dengan sasaran kerajaan, ia mesti dilakukan dengan cara yang "tidak menyakitkan".

Rabu lepas sebuah portal berita dalam talian melaporkan Pengerusi IHH Healthcare Bhd, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman berkata skim seperti itu akan mengurangkan beban hospital kerajaan yang dibanjiri pesakit pada masa ini kerana kos rawatannya yang rendah, sementara rakyat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.


0 comments:

share2