Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 6, 2017

[JENGKA] DEKATI MASYARAKAT SECARA HOLISTIK


Dekati masyarakat secara holistik


Sebanyak 375 pek hamper bantuan keperluan dapur diperuntukkan kepada golongan memerlukan di bawah Parlimen Kuala Krau, setiap tahun.

Ahli Parlimennya, Datuk Sri Ismail Mohamed Said berkata, ia meliputi 10 hamper sebulan bagi setiap 14 tanah rancangan Felda dan lima hamper sebulan, bagi setiap 45 kampung tradisional.

Menurutnya, bantuan keperluan ini dijalankan di bawah Program Ziarah Kasih ajuran Pejabat Parlimen Kuala Krau dalam usaha mendekati dan menyampaikan keperluan masyarakat secara holistik, saban tahun.

"Bagi menyempurnakan matlamat Program Ziarah Kasih, saya menggunakan dua pendekatan, iaitu yang pertamanya pendekatan KBSMM dan kedua sumbangan pek barangan keperluan dapur menerusi wakil masyarakat setempat.

"KBSMM bermaksud, Kenduri-Kendara, Bersalin, Sakit, Meninggal Dunia dan Malapetaka. Sekiranya tiada jemputan merasmikan majlis, lawatan kerja mahupun acara rasmi, saya dan wakil masyarakat akan memperuntukkan masa kepada acara-acara disebutkan tadi. Wakil setempat juga kena pergi.

"Pendekatan kedua, ialah sumbangan 10 keperluan berupa barangan dapur yang disediakan pejabat Ahli Parlimen Kuala Krau. Sebanyak 120 pek setiap tahun diperuntukkan kepada mereka yang memerlukan.

"Dalam hal ini, pemimpin setempat seperti Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Belia dan Gerakan Persatuan Wanita perlu mengenalpasti individu susah dan kurang upaya. Mereka datang ke pejabat saya untuk ambil dan serahkan pek bantuan ini. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan beri sokongan moral kepasa penerima," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ini berkata demikian dalam Program Ziarah Kasih di rumah pesakit jantung, Ahmad Kusni Siraj, 74, di Felda Jengka 11, di sini.

Sebanyak 15 buah rumah telah dipilih untuk bertemu dengan individu yang sakit, warga emas dan ibu tunggal di sekitar Taman Jengka Impian, Rantau Perintis dan Felda Jengka 11 selain turut menziarahi 20 pesakit di Hospital Jengka, di sini.

Ketua Cawangan Umno B, Nayan Abdul Rahman, 67, menyampaikan ucapan penghargaan kepada wakil rakyat tersebut yang saban tahun memberikan komitmen mantap terhadap keperluan masyarakat setempat.

"Tak susah jumpa Datuk Sri kalau ada masalah penduduk. Beliau orang yang mudah didampingi. Tiada birokrasi," katanya.


0 comments:

share2