Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 30, 2017

‘JANGAN SUSAHKAN ORANG RAMAI'


‘Jangan susahkan orang ramai’


Pasir Gudang - Sikap ambil mudah pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah sisa bangunan di tengah Jalan Sierra Perdana 5, Taman Sierra Perdana, di sini, mengundang kemarahan penduduk setempat. 

Wakil penduduk, Ismail Salimin, 55, berkata, longgokan sampah berkenaan dilihat bertaburan di atas permukaan jalan raya lebih kurang jam 7 pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, ia hampir dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan itu untuk susur keluar ke Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL).

“Kita tak tahu tindakan penduduk taman perumahan ini atau orang luar kerana ia dibuang pada waktu pagi dan tak ada sesiapa yang nampak.

“Sikap orang nak kerja mudah ini sangat melampau dan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sierra Perdana A, Shahriah Ismail berkata, pembuangan sampah seumpama itu pernah berlaku di kawasan tanah kosong berhampiran pada tahun lepas.

Menurutnya, ia bukan sahaja membahayakan orang ramai, malah telah mencacatkan pemandangan di kawasan taman perumahan berkenaan.

“Kita minta jangan menyusahkan orang ramai kerana daripada sikap tidak bertanggungjawab sebegini bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan, malah boleh mengundang pembiakan nyamuk aedes.

“Kita telah panjangkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab pada Jumaat lalu dan kita faham mungkin mereka tengah bercuti,” katanya.

Justeru, Shahriah menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan supaya berhati-hati.


0 comments:

share2