KUALA KRAI - Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 461 orang berbanding 446, petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Kuala Krai, Leftenan Muda (PA), Mohd Hanif Omar berkata, kawasan rendah kembali dinaiki air kerana hujan lebat di kawasan hulu.
"Hujan lebat turut menyebabkan pusat pemindahan di Masjid Lama Keroh terpaksa dibuka semula.
"Sehingga jam 9 pagi, 9 pusat pemindahan masih dibuka, terkini, hujan berterusan sejak subuh kemungkinan beberapa kawasan rendah akan kembali dinaiki air," katanya.
Mohd Hanif berkata, pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Pejabat Vaterinar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, SMK Keroh, Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil, Dewan Belia Kampung Bedal, SK Chenulang, Madrasah Mesek dan Masjid Lama Keroh.
Lima pusat pemindahan telah diturup pula di SK Sungai Embak, SK Sungai Sok, SK Kampung Bedal, Dewan Kesedar Jelawang dan Madrasah Sungai Teku.
0 comments:
Post a Comment