Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 11, 2017

DAESH AJAR BUDAK PENGGAL KEPALA TEBUSAN


Daesh ajar budak penggal kepala tebusan


Rakaman mengejutkan yang menunjukkan seorang kanak-kanak yang direkrut oleh militan Daesh memenggal kepala dan menembak tiga lelaki disiarkan kumpulan pengganas itu.

Kanak-kanak itu kelihatan berumur sekitar 10 tahun dirakam memakai pakaian seragam penyamaran tentera kejam membunuh mangsa di Deir ez-Zor, Syria.

Seorang budak lelaki lain pula dirakam terketar-ketar memengang pistol dan menembak seorang lelaki di kepala manakala seorang budak memengang pisau sebelum dengan kejam mengelar leher seorang lelaki, lapor The Sun.

Sebahagian daripada video memaparkan kanak-kanak menyertai latihan senjata api dan mengibarkan bendera tersendiri kumpulan itu, lapor News.com.au.

Seorang mangsa dipercayai dari kumpulan Kurdish PKK, bercakap kepada kamera sebelum dia dibunuh di sebuah taman hiburan terbiar oleh salah seorang kanak-kanak itu.

Dalam satu adegan membimbangkan, seorang anak muda dilihat naik ke atas permainan di taman hiburan di mana seorang lelaki ditahan, merenung tajam dalam keadaan marah sambil memengang pisau.

Video berkenaan disiarkan oleh militan Daesh hari ini dengan tajuk berbahasa arab yang diterjemah sebagai "Occasional in His Own Blood”.

PKK atau Parti Pekerja Kurdish adalah sebuah pertubuhan berhaluan kiri yang berpusat di Turki dan Iraq.

Ahli PKK mula berjuang menentang tentera militan Daesh di Syria sejak pertengahan Julai 2014.

Bulan lalu, sebuah filem menjalankan latihan disiarkan sebagai sebahagian daripada propaganda militan Daesh.

Kanak-kanak dilihat berusia seawal 10 tahun ditunjukkan membunuh tawanan dan menyerang bangunan dengan peluru hidup.

Dalam satu adegan yang dirakam menunjukkan mereka mengejar seorang lelaki ke tepi bangunan sebelum dia terpaksa melompat dan menyebabkan kematiannya.

Digelar "Cubs of the Caliphate", tentera remaja Daesh dilihat muncul dalam beberapa video baru-baru ini menyembelih tawanan musuh.

Kanak-kanak digunakan dalam video yang disiarkan militan Daesh, dengan satu video yang mensasarkan pemimpin Rusia, Vladimir Putin.


0 comments:

share2