Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 15, 2016

ZAHIDA NAFI PANGGIL SIDANG MEDIA UMUM LETAK JAWATAN


 Zahida Zarik Khan


Ampang - Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menafikan jemputan sidang akhbar berhubung peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang tersebar sejak semalam.

Di dalam satu kenyataan melalui laman Facebooknya, beliau menegaskan dakwaan itu tidak benar dan hanya rekaan semata-mata.

"Mesej sebaran Jemputan Sidang Akhbar yang di sebar di media sosial adalah berniat jahat untuk menjejaskan reputasi saya sebagai Naib Ketua Puteri Umno Malaysia.

“Mengenai cerita peletakan jawatan saya. Apa yang disebut tidak benar. Ia adalah rekaan semata-mata. Harap tiada yg mempercayainya,” katanya.

Zahida kini berada di Jepun atas urusan kerja.

Mesej yang tersebar melalui laman sosial WhatsApp sejak adalah Jemputan Sidang Akhbar mengenai peletakan jawatan Zahida sebagai Ahli MT Umno di Pejabat Umno Pandan, esok.

"Dimaklumkan bahawa Pn. Zahida Zarik Khan selaku Naib Ketua Puteri Umno Malaysia akan mengadakan satu sidang media bagi menyatakan hasrat meletak jawatan.

"Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput wakil media dan jurufoto daripada organisasi tuan/puan untuk membuat liputan majlis sidang media tersebut," menurut kenyataan tersebut.


0 comments:

share2