Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 5, 2016

PM NAJIB LAWAT PEMBANGUNAN PIC DI PENGERANG


naj


Kota Tinggi – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa sejam daripada jadual kerjanya yang sibuk hari ini untuk melawat Kompleks Bersepadu Petronas Pengerang (PIC), menerusi udara serta lawatan tapak.

Beliau yang diiringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut merasmikan pemasangan ruangan proses fraksinator propilena bagi kemudahan kraker wap di PIC.

Fraksinator dengan ketinggian 121.3 meter dan seberat 1,808.6 tan metrik itu, diiktiraf sebagai ruangan proses tertinggi dan paling berat di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.

Ia memproses gas petroleum cecair (LPG) dan nafta kepada etilena dan propilena, yang merupakan bahan mentah untuk produk petrokimia seperti plastik dan getah sintetik.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di sini, Wan Zulkiflee berkata pembangunan PIC mengikut jadual dan boleh beroperasi pada suku pertama 2019.

“Ia sudah 48 peratus siap,” katanya.

Projek bernilai US$27 bilion itu merupakan sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) seluas 22,000 ekar di bawah Program Transformasi Kerajaan.

PIC membabitkan kompleks penapisan dan petrokimia 300,000 tong sehari, dibangunkan untuk menghasilkan petrokimia premium yang berbeza, yang akan memenuhi permintaan dalam negeri bagi produk petroleum selain keperluan perundangan yang diperlukan untuk pelaksanaan spesifikasi Euro 5.

Terdapat kira-kira 31,000 pekerja di tapak projek itu manakala pada kemuncak pembinaan pada 2017, projek itu dijangka mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 60,000 dengan kemahiran dan disiplin yang berbza.

Pembangunan PIC turut meliputi kemudahan berkaitan seperti Loji Penjanaan Bersama Pengerang (PCP), terminal pengegasan semula LNG, projek bekalan air mentah (Pamer) dan Terminal Air Dalam Pengerang.


0 comments:

share2