Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 14, 2016

MALAYSIA KUTUK SERANGAN BOM DI KAHERAH


Penyokong pro-Morsi dituduh bom gereja


PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Gereja St. Peter dan St. Paul, Katedral Ortodoks Koptik di Kaherah pada 11 Disember 2016 yang meragut 25 nyawa dan mencederakan 49 orang.

Kerajaan Malaysia merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Arab Mesir serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam serangan ini. Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, akan terus memantau keadaan tersebut.

Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat mengadakan lawatan ke Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka kepada keadaan keselamatan meraka. Mereka juga digesa agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk sebarang bantuan atau pertanyaan.


0 comments:

share2