Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 26, 2016

HANTU BERGURAU TANGGALKAN SELUAR MANGSA


Hantu Bergurau Tanggalkan Seluar


Terengganu sentiasa kekal jadi destinasi pilihan sekali pun musim tengkujuh. Semalam amaran hujan tahap kuning dikeluarkan bahawa 26 Disember hingga lusa hujan akan turun tanpa henti.

Namun, pada percutian kali ini bukan isu hujan yang jadi tumpuan. Tengkujuh pada hujung tahun memang perkara biasa di Pantai Timur.

Isunya diusik hantu musim tengkujuh!

Bayangkan anda tidur berbaju dan berseluar. Tetapi apabila terjaga seluar anda ditanggalkan!

Hantu jenis apa senakal hantu Kuala Terengganu hingga bergurau menyakat orang setahap ini?

Kejadian berlaku malam Krismas dii resort tersohor di sekitar pantai Batu Buruk. Setelah letih berjalan menziarahi desa-desa kecil sekitar Kuala Ibai ke Chendering, Batu Buruk jadi pilihan untuk bermalam.

Keletihan membuatkan rakan kami terus terlelap setelah masuk ke bilik. Isterinya pula tidak dapat tidur kerana asyik terdengar bunyi seperti kanak-kanak bermain.

Justeru kerana takut, wajahnya dipalingkan tanpa mahu melihat ke beranda.

Pagi hari si isteri sempat terlelap. Cuma terkejut setelah suaminya kehairanan: Siapa tanggalkan seluar saya?

Kedua-dua ternganga.

Seluar trek yang dipakai ketat dan kemas. Siapa yang tanggalkan dan meletakkannya di birai katil?

Apakah ini perbuatan kanak-kanak yang sepanjang malam kedengaran bermain di beranda?

Apakah kanak-kanak sebenar yang bermain di beranda? Mustahil sebab calet ni dipagar tinggi.

Mana mungkin anak-anak kampung menceroboh masuk dan bermain di beranda sepanjang malam!

Ketika diceritakan, saya hanya berkata: “Hantu suka bergurau pada musim tengkujuh.”

Saya ketawa kuat, tetapi wajah suami isteri itu kehairanan dan kebimbangan.


0 comments:

share2