Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 31, 2016

DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE


Di Kenya, nenek perlu pandai karate


Golongan wanita warga emas di Kenya dikatakan perlu menguasai ilmu pertahanan diri seperti karate.

Ini kerana mereka berdepan dengan ancaman rogol yang semakin meningkat dan berleluasa setiap hari.

Memetik laporan AJ+, wanita emas menjadi sasaran perogol disebabkan mereka lebih ‘bersih’ dari sebarang gejala HIV.

Salah seorang wanita yang ditemu bual, Jane,55, memberitahu, dia pernah diserang oleh beberapa lelaki secara seksual.

Menurut Jane, dengan mudah, dia mengalahkan kesemua penyerang sebelum mereka sempat berbuat apa-apa kepadanya.

“Salah seorang daripada mereka memegang tengkuk saya. Saya lawan dan tumbangkan dia. Kemudian saya lawan seorang demi seorang,” katanya dalam temu bual bersama AJ+.

Seramai 20 ahli mengikuti kelas karate setiap hari, yang mana setiap orang daripadanya merupakan wanita warga emas.

Difahamkan, ahli paling tua menyertai kelas karate setiap hari bersama mereka berumur 85 tahun.


0 comments:

share2