Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 30, 2016

DATIN DIDAKWA CUBA BUNUH PEMBANTU RUMAH


Mahkamah


Petaling Jaya - Seorang wanita bergelar datin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya, minggu lalu.

Rozita Mohamad Ali bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Surirumah itu didakwa melakukan cubaan bunuh terhadap Suyanti Sutrinso,19, dengan menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop besi dan payung.

Perbuatan itu didakwa menyebabkan kecederaan pada kedua-dua mata, tangan, kaki, organ dalaman, pendarahan beku di bawah kulit, bintik pendaharan di hadapan otak, patah tulang zygoma dan maxilary, patah belikat kiri dan kecederaan pada paru-paru kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, dekat sini antara 7 pagi hingga 12 tengah hari, 21 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Rozita bakal berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun dan jika cedera boleh dihukum mati sekiranya disabitkan dengan kesalahan itu.

Peguam, Rosal Azimin Ahmad memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya.

Hakim, Mohamad Kamil Nizam membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Wanita berusia 43 itu turut dilarang mengganggu saksi dan mahkamah turut memerintahkannya menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai berdekatan setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Februari depan.

Sebelum ini, pembantu rumah itu ditemui cedera di tepi longkang oleh pengawal keselamatan sebelum membawanya ke klinik berdekatan.

Mangsa yang baru bekerja dua minggu sebagai pembantu rumah di situ masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


0 comments:

share2