Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 9, 2016

CADANGAN SUPAYA MAHA DIADAKAN SETIAP TAHUN DIKAJI


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Serdang – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengkaji cadangan supaya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 diadakan setiap tahun dan tidak sebaliknya dua tahun sekali.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MAHA memberi peluang untuk beriadah bersama keluarga di negara ini dan juga membolehkan pengunjung meluahkan masa bersama keluarga terutama semasa cuti sekolah.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bertanya kepada saya sama ada MAHA boleh diadakan setiap tahun. Saya memberitahu beliau (Najib), kita perlu berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan, terutama pemilik gerai-gerai memandangkan gerai-gerai itu telahpun dibina.

“Bagaimanapun, ketibaan pengunjung yang menggalakkan akan menjadi faktor penentu bagi mendapatkan lebih banyak penajaan tanpa bergantung kepada dana kerajaan,” kata beliau selepas melawat pusat media di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), tempat MAHA 2016 diadakan.

Pada masa ini, MAHA diadakan setiap tahun. MAHA 2016, bertemakan “Makanan Kita, Masa Depan Kita” akan berakhir pada 11 Dis.


0 comments:

share2