Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 8, 2016

TERINGIN NAK RASA MATI


Teringin nak rasa mati


Camocim - Seorang wanita akhirnya berjaya memenuhi impiannya yang mahu merasai mati selepas satu upacara pengebumian olok-olok dibuat khas untuknya.

Vera Lucia da Silva, 44, yang berpura-pura mati dibaringkan di dalam keranda ketika upacara pengebumian dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakanya.

Upacara itu diadakan di rumah pengembumian di Camacim, Brazil bagi memenuhi impian Vera selama 14 tahun yang ingin merasai pengebumian sendiri semasa dia masih hidup.

Ramai keluarga dan rakan-rakan yang tidak menyokong idea itu namun tetap menghadiri upacara itu dan memakai pakaian hitam.

Sementara itu, pemilik rumah mayat Enternal, Paula Araujo mendermakan keranda dan ruang kepada wanita itu bagi memenuhi impian wanita itu.

Araujo berkata, wanita itu memujuknya sejak lima tahun lalu bagi memenuhi impiannya itu.

"Suami Vera tidak menyokong idea pelik itu dan cuba menghalang melakukan perkara demikian sebelum ini.

"Namun kali ini, wanita itu berjaya memujuk semua ahli keluarganya untuk bersetuju dengan idea itu," katanya dipetik Mirror.uk.

Dalam pada itu, Vera yang juga suri rumah dan tidak mempunyai anak berkata, meraikan hari pengebumian sendiri adalah impian lama dan tidak pernah menyangka ia akan menjadi kenyataan.

"Saya mahu mengadakan pengebumian sendiri sejak 14 tahun lalu serta telah menunggu dalam tempoh masa yang lama dan akhirnya hasrat ini tercapai," ujarnya.

Vera mengakui, dia gembira pada hari pengebumian tersebut namun tidak bersedia untuk mati.


0 comments:

share2