Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 23, 2016

SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA


KUANTAN - Sehingga 31 Oktober 2016, Kerajaan Negeri Pahang dilaporkan telah meluluskan sebanyak 98 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA Pahang) dengan anggaran sebanyak 35,362 buah unit rumah.

Kesemua jumlah itu melibatkan 98 projek yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan sedang melalui proses dipelbagai peringkat termasuk rumah yang sudah siap, projek dalam pembinaan, Lulus Kebenaran Merancang (KM), dalam proses permohonan Kebenaran Merancang serta kelulusan baru.

Secara tidak langsung, jumlah itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pahang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan perumahan dan sekaligus mendahului Negeri - Negeri lain di Malaysia.

Menurut kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, setakat masalah yang dihadapi oleh pemohon yang ditawarkan pembelian rumah PR1MA Pahang ini adalah kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

"Perkara ini berlaku memandangkan pemohon yang menerima tawaran pembelian rumah PR1MA Pahang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi dan pendapatan yang rendah.

"Malah terdapat juga kes pembeli yang telah disenaraihitamkan oleh pihak bank disebabkan pinjaman terdahulu yang tidak berbayar,

"Pembeli juga turut menghadapi masalah tidak dapat menyediakan wang baki beza atau deposit kerana pihak institusi kewangan hanya memberikan pinjaman sehingga 90% maksima," katanya.

Kenyataan itu dibuat sewaktu menjawab soalan dari ADUN Pulau Manis, Dato' Haji Khairuddin bin Haji Mahmud didalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang berlangsung semalam.

Tambah Dato' Sri Wan Rosdy, pihak Kerajaan Negeri walaubagaimana pun sedar akan kesulitan yang dihadapi dan turut menyediakan alternatif bagi memastikan rakyat di Negeri Pahang ini mampu memiliki rumah mereka sendiri.

"Disebabkan faktor - faktor yang disebut diatas, pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan alternatif dengan menawarkan rumah yang lebih rendah harganya melalui program Rumah Makmur yang akan dilaksanakan kelak," jelas beliau lagi.

0 comments:

share2